Sabtu, 26 Januari 2013
Jumaat, 25 Januari 2013
PENCUCI MUKA
PETI PENYIMPANAN UMBRA KACIR
PENJUAL ROKOK
Jual Rokok Elektronik (Eleketrik) @ E Rokok di Malaysia Haram!
BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok elektronik @ rokok elektrik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. [Sumber : Bernama]
Adakah benar Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) prihatin mengenai isu kesihatan rakyat malaysia atau yang sebenarnya berlakunya kemerosotan pungutan 300% cukai rokok disebabkan e rokok ini tidak dikenakan cukai rokok?
Sumber : Britisih American Tobacco
- Berdasarkan apa yang kami perhatikan dan semakan yang telah kami lakukan, e rokok (rokok elektrik) sekarang bukan seperti jenis yang sebelum ini. Rokok elektronik sekarang menggunakan e-liquid atau e-juice. Dan ianya langsung tiada bahan-bahan seperti rokok biasa yang ada macam-macam bahan kimia, racun, nikotin yang berlebihan, tar dan sebagainya.
- e-liquid ini senang mahu difahami ialah bahan yang digunakan cuma GLYCERIN + PERASA (buah, kopi, coklat, vanilla, etc)
- GLYCERIN ini untuk pengetahuan anda semua juga digunakan dalam makanan untuk bagi kesan lembap. Bahan ini anda biasa makan sama ada sumber vegetable atau sintetik secara sedar atau tidak sedar.
- PERASA itu pun “concentrated flavor” yang biasa anda gunakan dalam makanan.
- Bahayanya terdapat di campuran kimia NIKOTINE (Nic). Dalam e-liquid ni dicampurkan Nic dalam kuantiti yang amat sedikit antara 6mg ke 50mg bergantung sebenarnya kepada tabiat perokok itu sendiri.
- Kepekatan Nic dalam e-liquid ini biasa perokok e rokok atau dalam industri ini digelar “Vapor” biasanya akan mula dengan tinggi kemudian semakin lama semakin berkurang sehingga yang akhirnya akan guna e-liquid yang ada hanya 0mg sahaja Nic. Maksudnya di sini, Vapor ini sudah tiada ketagihan Nic.
- Sama seperti perokok yang mahu berhenti rokok makan ubat Niquiton itu.
- Rokok elektronik atau rokok elektrik ini konsepnya seperti menghisap shisha yang pak arab hisap dalam botol isi air itu. Tetapi shisha pun bahaya
- Sebelum ini ada artikel daripada doktor kesihatan, e rokok ini adalah alternatif yang lebih baik dan selamat untuk perokok. Contohnya tar di peparu mereka semakin berkurang apabila membuat x ray.
- Malangnya “disebabkan tekanan pihak tertentu” doktor tersebut telah menukar kenyataannya
- Rokok elektronik ini masih lagi ada asapnya tetapi berasaskan wap air, wap sejuk dan tak mengandungi tar, racun-racun terlarang dan pembakaran terbuka seperti rokok-rokok tembakau. Ibarat anda melalui kawasan berkabus. Ada kesan atau tidak? adalam kabus tuh… ada effect tak…
Video Rokok Elektronik (Elektrik @ E Rokok. Apa Kata Pakar?
Isnin, 14 Januari 2013
MALAS KE SEKOLAH
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!
NENEK TUA
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”