AKSI pemain Malaysia, Faisal Saari (kiri) ketika bertemu India, kelmarin.
Ketua jurulatih itu mahu kekalahan 2-3 kepada India dalam saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, kelmarin dipadamkan segera, sebaliknya kembali mempamerkan aksi lebih positif untuk memburu kemenangan pertama pada edisi kali ini di Ipoh.
Namun, dia sedar betapa Pakistan, pasukan ranking kelapan dunia kini ibarat harimau yang luka kerana tewas dua perlawanan berturut-turut setakat ini.
Malaysia kini menghuni tangga tercorot carta liga berbekal dua mata membabitkan tujuh pasukan dan harus mengilhamkan mata penuh mengejar posisi terbaik dalam edisi ke-21 ini.
Dia menambah, pemain negara tidak harus takut dengan Pakistan kerana pada pengamatannya kemampuan tuan rumah dengan lawan sama, cuma elemen tuah diperlukan dalam perlawanan seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan