"Malangnya, Kazakhstan kurang dikenali di Malaysia tetapi saya menyedari lebih ramai rakyat Kazakhstan akan melawat Malaysia.
Antara lain, bercakap mengenai Malaysia menjadi antara negara penting bagi meningkatkan hubungan dua halanya, Kairat berkata, Malaysia boleh menjadi model yang baik bagi Kazakhstan bukan saja dari segi ekonomi atau kejayaannya melaksanakan dasar-dasar di dalam perancangan strategik malah juga profil penduduknya yang pelbagai bangsa dan mempunyai pelbagai agenda.
"Model Malaysia adalah penting di segi sistem perancangan strategi Kazakhstan berikutan hubungan jangka panjang antara Presiden kami dan Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.
Lawatan baru-baru ini oleh pemimpinnya, Datuk Seri Najib Razak dan Nursultan Nazarbayev akan mewujudkan lagi dan memberikan rangsangan baru bagi memupuk hubungan antara kedua-dua negara, katanya.
"Kami akan memastikan dasar yang sama dengan Malaysia di dalam ruang lingkum kerjasama dialog dengan Asia kerana persamaan di segi pendekatan yang memberikan kami lebih perspektif dan ruang bagi dijalin kerjasama bagi faedah bersama," katanya.
Selain itu, dengan keanggotaan "Custom Union" antara Kazakhstan, Rusia dan Belarus yang menyediakan satu ruang ekonomi tunggal, para pelabur asing atau komuniti perniagaan ke Kazakhstan akan turut mendapat manfaat dari ruang ekonomi itu.
Dengan itu, Kazakhstan akan menggunakan kedudukan geopolitiknya bagi menghubungkan negara itu antara rantau Euroasia dan ASEAN, terutama sekali Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan