Rabu, 30 Mei 2012

Kastam rampas 11.146 kg syabu, tahan dua wanita disyaki keldai dadah


BUKIT KAYU HITAM 30 Mei - Syabu seberat 11.146 kilogram bernilai lebih RM3 juta dirampas daripada dua wanita tempatan dipercayai keldai dadah sindiket dadah antarabangsa di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Kastam Kedah, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, kedua-dua wanita itu berasal dari Kuching, Sarawak berumur 26 dan 24 tahun yang tiba dengan bas dari Thailand, masing-masing ditahan pada 12.10 tengah hari dan 12.45 tengah hari.
Katanya, anggota kastam yang curiga dengan keadaan wanita berumur 26 tahun itu yang membawa sebuah beg besar semasa menjalani pemeriksaan di Unit Bas/Lorong Pejalan Kaki sebaik tiba di kompleks itu kira-kira pukul 11.55 pagi, telah melakukan pemeriksaan rapi.
Hasil pemeriksaan, tiga bungkusan serbuk hablur berwarna putih disyaki syabu (methamphetamine) seberat 5.5 kilogram ditemui dilekatkan bawah lapisan batang penarik beg dan kedua-dua sisi beg, kata Abdul Aziz pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan