Sabtu, 30 Jun 2012

Imigresen tambah 14 kaunter di Kompleks Imigresen Tawau


Mohammad Mentek (kiri) menyatakan sesuatu kepada Andi Roja SH (dua dari kanan) pada lawatan Kumpulan Kerja Teknikal dan meninjau pelaksanaan operasi Imigresen di Sungai Nyamuk dan Nunukan, Indonesia dekat Tawau, semalam.
TAWAU 29 Jun - Masalah kesesakan di pintu masuk Tawau, Nunukan dan Tarakan, Indonesia yang secara puratanya menerima kira-kira 1,500 penumpang feri sehari bakal diatasi dengan penambahan 14 lagi kaunter imigresen di Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau, Sabah pada tahun depan.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohammad Mentek berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kaunter imigresen di CIQ tersebut sebanyak 24 buah.
Katanya, kaunter-kaunter itu akan beroperasi apabila kerja-kerja naik taraf pusat itu selesai.
"Kesesakan ini turut disumbangkan pergerakan feri-feri dari negara jiran yang tiba tanpa mengikut jadual. Kadang-kadang tiga atau empat feri tiba serentak.
"Ini menyebabkan kesesakan berlaku. Apa pun kita sudah menyuarakan perkara ini kepada pihak di Indonesia dan meminta agar feri-feri ini mengikut jadual," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai rombongan Kumpulan Kerja Teknikal dan meninjau pelaksanaan operasi pihak imigresen di Sungai Nyamuk dan Nunukan, Indonesia, semalam.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik, Abdul Muis Picho dan Pengarah Biro Tata Negara negeri, Datuk Ibrahim Saad serta pegawai-pegawai dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kastam, Jabatan Laut Sabah dan Konsul Indonesia di Tawau.
Ketibaan rombongan itu di Sungai Nyamuk disambut oleh Ketua Pos Imigrasi Sungai Nyamuk, Dwi Kustanto manakala di Nunukan pula, mereka disambut oleh Ketua Imigrasi Nunukan, Andi Roja SH.
Sementara itu, Abdul Muis berkata dalam pertemuan itu beliau turut menyuarakan pandangan agar laluan antara Tawau dan Nunukan diubah ke arah belakang Pulau Sebatik.
"Ia bertujuan untuk memastikan hakisan pantai tidak berlaku di Pulau Sebatik yang secara jangka masa panjang boleh menjejaskan mata pencarian nelayan tradisional di kawasan berkenaan," katanya.

Osman Kering meninggal dunia


Osman Kering meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal tanah air Osman Kassim atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering meninggal dunia hari ini akibat batuk kering.
Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pada kira-kira pukul 3.45 petang.
Osman yang berasal dari Pauh Lima, Kelantan, meninggalkan seorang balu Che Norhayati Che Omar, 48, dan tujuh orang anak serta tiga cucu.
Anak keempatnya Norhidayah Osman berkata bapanya itu telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima  rawatan.
Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri di sini sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.
Osman telah berkecimpung dalam dunia seni lebih 30 tahun dan antara filem yang dibintanginya ialah “Kantoi”, “Senario The Movie Episod 1″, “Tentang Bulan” dan “Man laksa”.
Norhidayah berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah bapanya ada berpesan agar menjaga ibu mereka dengan baik selain sering memberitahu bermimpikan rakan artisnya yang telah meninggal dunia.
“Ayah ada memberitahu dia kata dia pernah bermimpi (berjumpa allahyarham) M.Rajoli dan Zami Ismail dan mereka berbual sekali. Sebelum meninggal dunia ayah sering bermanja dengan kami dan berbual-bual,” katanya.
Beliau tidak menduga gurauan bapanya sebelum ini merupakan kali yang terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana Alias atau dikenali dengan nama Nana berkata, beliau mengenali Osman sebagai seorang pelawak yang sangat sporting.
“Sepanjang Nana kenal dia, dia banyak beri tunjuk ajar pada Nana, dan Nana pun rapat dengan keluarganya, Nana rasa arwah seorang yang sukar dicari ganti,” katanya yang ditemui ketika menziarah di kediaman allahyarham di Bandar Sri Permaisuri. – Bernama

CELCOM MEMPERKENALKAN FACEBOOK VIA SMS


Celcom kini menjadi syarikat telekomunikasi pertama tempatan yang memperkenalkan dan membolehkan para penggunanya mengemaskini maklumat seperti status, mesej, tambah rakan, tulis nota dan sebagainya secara terus melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Facebook Via SMS
Untuk menggunakan kemudahan tersebut, para pengguna Celcom akan dikenakan bayaran sebanyak RM1 untuk seminggu, sekaligus membolehkan para pengguna Celcom mengemaskini maklumat mereka tanpa sebarang akses kepada internet. Facebook yang kini menjadi laman sosial terkemuka di Malaysia telah menambat hati Celcom untuk memperkenalkan servis ini.
Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu menghantarkan SMS dengan menulis “F” ke 32665, dan seterusnya mereka akan menerima balasan dengan kod pengesahan untuk diaktifkan di laman Facebook. Maklumat lanjut berkenaan cara pengaktifannya dan cara penggunaan Facebook Via SMS ada diterangkan di laman Channel-X.
Sekiranya anda bukan merupakan pengguna Celcom, anda masih boleh mengemaskini status di Facebook anda dengan mudah dan lebih murah, dengan mengintegrasikannya bersama-sama dengan Twitter.

Jumaat, 15 Jun 2012

Berantakan rebut joran milik bapa


PADANG BESAR: Hanya kerana mempertahankan sebatang joran milik bapa, seorang pelajar berusia 17 tahun bukan saja parah akibat dilibas dengan joran itu oleh abangnya, malah turut dikejar lelaki itu yang bersenjatakan parang dalam kejadian di rumah mereka di Taman RPA, Chuping, di sini.
Dalam kejadian jam 11 malam Isnin lalu, suspek yang berusia 20-an berang selepas tidak dapat menerima teguran adiknya itu yang menegahnya menggunakan joran itu kerana tidak meminta kebenaran daripada bapa. 
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, sebelum kejadian suspek datang ke rumah mangsa bersama seorang rakan, berjumpa dengan ibu mereka bagi mengambil joran milik bapanya yang ketika itu tiada di rumah.

“Suspek bertanya sama ada joran berkenaan digunakan atau tidak kerana dia mahu menggunakannya untuk memancing bersama rakan.

“Ketika itu, adiknya menegur lelaki berkenaan kerana tidak meminta kebenaran bapa mereka terlebih dulu selepas suspek dengan selamba membawa joran itu keluar dari rumah,” katanya di sini, semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Jumaat, 8 Jun 2012

Malaysia seri 2-2 dengan Singapura dalam Cabaran Causeway 2012


KUALA LUMPUR: Malaysia hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2 ke atas Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang dikenali sebagai Cabaran Causeway 2012 di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.
Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan berhati-hati pada awal permainan yang menyaksikan tiada percubaan berbahaya sepanjang 30 minit permainan. 
Ketua jurulatih Singapura, Radojko Avramovic yang menurunkan sebahagian besar pemain Lions XII yang bermain dalam Liga Super, kemudian mengubah rentak permainan dengan strategi menyerang namun gagal menembusi kubu pertahanan Malaysia yang dikawal kemas oleh Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Azmi Muslim.

Skuad kebangsaan sebaliknya mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi jaringan penyerang Pahang, Azamuddin Akil pada minit ke-43 selepas beliau memanfaatkan hantaran silang daripada Mohd Safee Sali.

Kapten pasukan, Mohd Safiq Rahim kemudian menggandakan jaringan skuad kebangsaan pada minit ke-60 menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti untuk menewaskan Mohd Izwan Mahbud di gawang Singapura.

Singapura hampir menjaringkan gol pertama mereka menerusi sepakan penalti oleh penyerang kelahiran China, Qiu Li pada minit ke-83, namun berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Pemain tengah Singapura, Shahdan Sulaiman berjaya mengurangkan defisit jaringan melalui sepakan percuma pada minit ke-87.

Qiu Li menebus kegagalan untuk menyempurnakan sepakan penalti Singapura dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-93 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti Malaysia.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula dalam perlawanan timbal-balik di Stadium Shah Alam pada 12 Jun ini. - BERNAMA


BARISAN PEMAIN

Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat, K. Gurusamy, Mohd Azmi Muslim (Mahalli
Jasuli), Mohd Fadhli Shas, Aidil Zafuan Abdul Radzak (S.Subramaniam), Mohd Safiq
Rahim (kapten), Mohd Bunyamin Umar, S. Kunanlan (S. Chanturu), Shahurain Abu
Samah (Azamuddin Akil), Norshahrul Idlan Talaha (Ahmad Shakir Mohd Ali), Mohd
Safee Sali (Amar Rohidan).

Singapura: Mohd Izwan Mahbud, Mustafic Fahrudin, Hariss Harun, Madhu
Mohanna, Shaiful Esah Nain, Baihakki Khaizan (kapten), Safuwan Bahrudin (Shahdan
Sulaiman), Sufian Anuar, Irwan Shah (Shi Jiayi), Qiu Li, Agu Casmir (Khairul
Nizam).

Pengadil: Ng Kai Lang (Hong Kong)

Air mata sambut hukuman mati


SHAH ALAM: Seorang wanita warga Zambia hanya mampu mengalirkan air mata apabila dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar 1.327 kilogram (kg) syabu ketika memasuki negara ini, tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu terhadap Nachilongo Doreen, 25, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Noor Azian pada penghakimannya berkata, mahkamah mendapati keterangan tertuduh yang juga seorang pelajar di negara asalnya ketika membela diri tidak boleh dipercayai.

Beliau berkata, pihaknya menolak dakwaan tertuduh yang menyatakan dadah ditemui pada beg pakaiannya diletakkan orang lain.
Menurutnya, ini memandangkan cara dadah itu disembunyikan dan dilekatkan dengan gam di bahagian bawah beg terbabit. Selain itu katanya, keterangan tertuduh bahawa dia datang ke negara ini untuk mencari kerja amat meragukan memandangkan wanita itu membuat tempahan untuk tinggal di Hotel Hilton.

Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Tekad benam Portugal


SERIUS...pemain Jerman mendengar arahan Loew semasa sesi latihan.
SERIUS...pemain Jerman mendengar arahan Loew semasa sesi latihan.
GDANSK (Poland): Jerman membuka kempen Euro 2012 dengan harapan untuk menewaskan Portugal buat kali ketiga berturut-turut pada pusingan akhir kejohanan utama dengan kapten pasukan, Philipp Lahm menegaskan pasukannya perlu mempamerkan kemampuan sebenar mereka, awal pagi esok.
Jerman yang juga juara Eropah tiga kali menyingkirkan Portugal pada suku akhir empat tahun lalu di Euro 2008 serta turut menewaskan lawan dalam penentuan tempat ketiga pada Piala Dunia 2006.

Lahm bagaimanapun mengakui keputusan itu hanya memberikan kesan yang minimum kepada pertemuan Kumpulan B itu namun permulaan yang bagus adalah penting dengan naib juara Piala Dunia 2010, Belanda dan Denmark masih menanti selepas ini.
“Tekanan semakin menebal, kami sudah membina pasukan bagi menghadapi saat ini selama dua tahun. Ini adalah masa untuk mengharunginya,” kata pemain berusia 28 tahun yang mengambil tugas selaku kapten daripada Michael Ballack sebelum Piala Dunia 2010.

“Kami mempunyai skuad yang hebat, kami cuma perlu mempamerkan kemampuan yang dimiliki.” Skuad Jerman terbang ke Lviv, Ukraine, semalam dengan penolong jurulatih, Hansi Flick mengakui kemenangan amat penting untuk melepasi peringkat kumpulan yang dianggap 'Kumpulan Maut' itu.

“Kemenangan adalah sentiasa penting bagi perlawanan pertama terutamanya dalam kumpulan seperti kami,” katanya.
“Perlawanan seterusnya adalah menentang Belanda yang kemungkinan mencerahkan lagi peluang dan kami berharap mampu menjuarai kumpulan ini.

“Ia dipanggil 'Kumpulan Maut' dan saya memang berasakan ia adalah yang paling sukar dalam kejohanan ini, kami perlu sentiasa berwaspada sejak awal lagi dan beraksi dengan baik kerana kami yakin mampu melakukannya.” Kekalahan mengejut 3-5 kepada Switzerland bulan lalu selepas tewas 1-2 kepada Perancis pada Februari memperlihatkan Jerman mempunyai kelemahan pertahanan yang mungkin boleh dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Portugal. - AFP

Rabu, 6 Jun 2012

Mahkamah beri sehingga 20 Jun Anwar jawab pernyataan bela Nallakaruppan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memberi tempoh sehingga 20 Jun untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pernyataan pembelaan Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan berhubung saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkannya Mac lalu. 

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memohon tempoh selama dua minggu untuk menjawab pernyataan tersebut.
Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.
Dalam pernyataan tuntutan, Anwar berkata, perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat. 

Anwar mendakwa, beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka gagal berbuat demikian. 

Beliau menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - BERNAMA 

Jumaat, 1 Jun 2012

Naikkan Gaji Kerani N17 & Buka Kenaikan Pangkat (Gred Maksimum N26 Kepada Gred Bersepadu N42)!


Kenaikan Pangkat Kakitangan Awam Naikkan Gaji Kerani N17 & Buka Kenaikan Pangkat (Gred Maksimum N26 Kepada Gred Bersepadu N42)!
Kalau sebelum Cuepacs telah menuntut supaya skim pinjaman perumahan kakitangan awam dikaji semula, begitu isu tuntutan semakan semula bagi pemberian imbuhan kepada pensyarah dan juga tuntutan bagi penambaikan dan bantuan bagi kakitangan awam yang bersalin. Kali ini, Cuepacs menambah satu lagi daripada koleksi tuntutan untuk dicadangkan kepada pihak kerajaan.
Walauapapun yang terjadi selepas ini, besar kemungkinan Cuepacs merasakan inilah masa dan waktu yang terbaik untuk membuat tuntutan. Apatah lagi, Bajet 2013 bakal diumumkan tidak lama sahaja lagi. Semestinya cadangan dan tuntutan sebegini akan diberikan perhatian lebih ketika mengambilkira pengisian butir kandungan pengumuman Bajet 2013 kelak.

Antara Cadangan Terbaru Cuepacs :

Setakat ini terdapat 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan. Boleh kami katakan angka yang cukup besar. Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kelompok ini?
1) Mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat. 
  • Kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan
  • Begitu juga gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula
2) Membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42
  • kenaikan gred bersepadu memberi  mereka peluangkenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa  perlu merujuk kepada kelulusan akademik
  • Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua  boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak sahaja
3) Mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran (cadangan picisan seperti ini, bagi kami tidak perlu difikirkan tidak mengapa. Fikirkan cadangan dan tuntutan yang lebih penting daripada ini)
Semua cadangan ini akan dibawa kepada suruhanjaya yang akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN). Bilakah waktu dan ketikanya Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam? 1 bulan lagi? 2 bulan lagi? Selepas Bajet 2013? Sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13? Kami tidak pasti…..
P/S : Apa pendapat dan respon anda pula dengan lagi tuntutan baru Cuepacs ini?

Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?


Bajet 2013 Pilihanraya Umum Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?
Dalam keadaan Datuk Seri Najib Razak berseloroh untuk bubar Parlimen selepas sahaja Perhimpunan Raksasa Umno tempoh hari dengan disambut dengan sokongan gemuruh daripada penyokong UMNO yang hadir, tetapi hakikatnya ia tidak menjadi kenyataan apabila selepas itu Datuk Najib telah berangkat ke London. Nampaknya petunjuk Pilihanraya Umum ke 13 masih lagi jauh daripada sasaran daripada pemerhati politik di Malaysia. Terbaru…
Terbaru, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini telah mengumumkan, apa yang boleh kami katakan pengumuman yang cukup awal daripada tarikah bagi pembentangan Bajet 2013 yang kami sifatkan sebagai Bajet Pilihanraya ke 13 di mana pembentangan Bajet lazimnya diumumkan sekitar bulan Oktober seperti apa yang berlaku pada pembentangan Bajet 2012sebelum ini
Dalam keadaan sekarang ada 2 kemungkinan sahaja daripada pengumuman tarikah Bajet 2013 ini :
  1. Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13)  tidak akan berlaku sehingga 28 September 2012 ini ataupun 
  2. Datuk Najib hanya mengumumkan tarikah pembentanganBajet 2013 sahaja tetapi dalam pada masa yang sama PRU besar kemungkinan akan didakan sebelum 28 September 2012. Mungkin? 
Dalam permainan dan “sepak terajang” politik, satu minggu adalah satu tempoh yang cukup lama, macam-macam yang boleh berlaku dalam tempoh tersebut.
Pembentangan Bajet 2013 Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?
Walauapapunpun, pastinya Datuk Seri Najib akan memilih suatu tarikh yang memberikan kelebihan besar ke partinya Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kali ini. Jikalau Pilihanraya Umum ke 13 diadakan selepas pembentangan Bajet 2013, nampak gayanya rakyat Malaysia perlu menunggu sehingga tahun depan untuk terus serta dalam pertarungan hebat dalam sejarah politik Malaysia bagi PRU ke 13 kelak. Mungkin pada Februari atau Mac 2012? Atau, paling awalpun selepas sahaja Bajet 2013 mendapat kelulusan Parlimen.
Ini kerana, jika bajet 2013 dibentangkan pada 28 Sept 2012, kelulusan bajet paling lewat adalah sekitar Disember 2012 ini. Dalam tempoh itu, tiada pembubaran parlimen dan jika parlimen bubar sedangkan bajet 2013 tidak diluluskan, maka bajet 2013 adalah tergantung. Bajet baru akan dikemukakan semula terutama sekali bila berlakunya pertukaran kerajaan.
BR1M Pusingan Kedua Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?
Sumber : Sinar Harian
Jika benarlah begitu pilihan Datuk Seri Najib, bermakna bajet 2013 kali ini kami jangkakakan ia adalah merupakan Bajet Pilihanraya Umum ke 13.
Dan menurut sumber yang kami perolehi setakat ini, dijangka kakitangan awam bakal menerima durian runtuh daripada pihak kerajaan dalam pengumuman pembentangan Bajet 2013. Dan dalam pada masa yang sama sudah kedengaran cadangan supaya Bantuan Rakyat 1 Malaysia dilanjutkan untuk pusingan kedua pula….
P/S : Jikalau anda diberikan ruang dan peluang untuk menghantarkan cadangan dan tuntutan, apakah harapan anda untuk pengumuman Bajet 2013 kali ini?

SPRM mahu kabinet dimaklum projek dipohon keluarga menteri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan agar setiap anggota pentadbiran seperti menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha politik mengisytiharkan ahli keluarga terdekat yang memohon kemudahan kerajaan, termasuk pinjaman mudah. 
    
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan berkata pengisytiharan sebegini dapat meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan mengelak berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa.
    
"SPRM mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar memasukkan klausa ini supaya setiap anggota pentadbiran mengisytiharkan sekiranya mana-mana ahli keluarga memohon sebarang kemudahan daripada kerajaan," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini. 
    
Sutinah berkata cadangan itu merupakan satu daripada tujuh cadangan yang dikemukakan SPRM kepada Kementerian Kewangan pada April lepas untuk menambahbaik sistem dan prosedur pemberian pinjaman mudah.
    
Beliau berkata cadangan yang dikemukakan adalah berdasarkan kelemahan yang timbul berikutan isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) setelah menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan prosedur pemberian pinjaman mudah ke atas projek NFC. 

Katanya pemeriksaan melibatkan agensi seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan, Menteri Besar Diperbadankan (MBI), dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd. 

"Hasil pemeriksaan dibentangkan kepada Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan khidmat nasihat diberikan kepada Kementerian Kewangan, supaya langkah diambil untuk memperketat dan menambahbaik sistem serta prosedur kerja mengenai pemberian pinjaman mudah. 
    
"SPRM percaya Kementerian Kewangan telah mengambil langkah sewajarnya untuk memperketat sistem dan prosedur untuk menambahbaik supaya isu seperti ini tidak berulang," katanya. 

Selain pengisytiharan, Sutinah berkata SPRM juga mencadangkan Kementerian Kewangan menyediakan tatacara standard yang lebih jelas dan telus berhubung proses pinjaman mudah, agar tiada ruang untuk penyelewengan. 

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Asas Tani perlu membuat dua penelitian terlebih dahulu untuk mengetahui latar belakang syarikat dan kemampuan syarikat sebelum memutuskan pemberian projek. 

Selain itu, beliau berkata kajian terperinci termasuk penilaian dan pengurusan risiko terhadap sesebuah projek perlu dibuat, bagi mengelak sebarang kesulitan semasa pelaksanaan projek. 
    
"Penyelarasan perlu dibuat oleh agensi pelaksana memandangkan projek ini melibatkan pelbagai agensi bagi memastikan kelicinan pelaksanaan projek dan pemantauan ke atas status pembangunan projek," katanya. 

Sutinah berkata SPRM mencadangkan agar terma rujukan yang jelas disediakan ke atas Ahli Lembaga Pengarah agar setiap anggota dapat memainkan peranan lebih berkesan. 
    
Beliau berkata syarat pinjaman perlu diperketat untuk meningkatkan akauntabiliti dan menutup ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.     
    
NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. 
    
NFC yang diterajui Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menjadi isu panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan.
    
Semalam, SPRM mengumumkan bahawa Shahrizat tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan persekutuan kepada NFC yang dimiliki suami dan anaknya. 

- Bernama

UMNO is oozing pus from the core, says PAS spiritual advisor


PAS spiritual advisor Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has accused UMNO of being so rotten, that pus oozes from its core.
This is the image he paints when describing how he feels about UMNO's behaviour, which he feels has worsened over the years.
He referred to a report about how former UMNO President and Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad was told by an ex-senior UMNO leader that the party was rotten to the core (UMNO busuk hingga ke ususnya).
"Now, pus has oozed out (from the intestines or core).  Pus-filled maggots have oozed out of UMNO," the Pan-Malaysian Islamic Party or Parti Islam Se-Malaysia (PAS) leader told Yahoo! Malaysia in an exclusive interview in Kota Bharu.
The 81-year-old leader said this when reacting to a question on the chances of success of the opposition alliance, Pakatan Rakyat (PR) or the People's Coalition against UMNO and its allies in the ruling Barisan Nasional coalition, in the upcoming 13th General Election.
"If democracy is allowed to run fairly, then we have a good chance." But Nik Aziz feels there are too many 'incidents' that have disrupted the fair running of Malaysia's democracy, and that 'unjust' policies have affected Kelantan.
The Kelantan Menteri Besar questions the need for all investment from the Federal Government to be channeled through Kelantan's Federal Development Department (or Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan), and not be disbursed directly to the PAS-led state government but claims that there were no difficulties faced with private sector investments.
He claims that before 1990, investment from the Federal Government was given directly to the UMNO-held state government.
"Why have things changed?  The investment is the Government's money, not UMNO's. And the Government is owned by the people."
Using the same tone, he questioned why Kelantan has not been awarded any oil royalties, an issue which even has the support of Tengku Razaleigh Hamzah, UMNO's Member of Parliament for Gua Musang.
The Federal Government must answer these questions, insists Nik Aziz.
"Democracy doesn't involve bribery, Islam says no to bribery, if they (UMNO) carry on with bribery, it is sinful."
Co-operation with Pakatan Rakyat
Nik Aziz says there is no reason for people to reject PR, and believes that being part of the alliance has strengthened PAS itself.
"In Kelantan, there is no reason why people should not accept PAS. There is development, there is no bribery (problems) and people move about freely."
He felt that there were no problems with PR, citing that PAS entered the pact with certain agreements, but did not explain the contents of these conditions.
"In the past, we accepted the invitation to join Barisan Nasional under (the late) Prime Minister Tun Abdul Razak's (administration).
"But when UMNO grew stronger, we were kicked out.  So when we were asked to rejoin them, we did not. I said (to the them), 'I know you' ", indicating a clear rejection of UMNO's proposal.
"We rejected the invitation because UMNO was not loyal with agreements.
"We accept Pakatan Rakyat and until today, I have no problems with the coalition," he added, explaining that he also did not have any difficulties with opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
But Nik Aziz was quick to brush off suggestions on whether Anwar could be a competent Prime Minister should PR take over Putrajaya, saying that these matters should be discussed "later".
Staying on, keeping strong leadership
Nik Aziz has no intention of stepping down, saying he will contest the upcoming polls because the party wants him to, only with one condition.
"The contest must be based on fair democratic practices, no phantom voters or devil voters, please."
Nik Aziz feels that it was not up to him to select a successor. "That has not crossed my mind, because that is not for me to choose."  He explained that the best way was for the people to select a suitable candidate.
As PAS' spiritual leader for more than two decades, Nik Aziz beams when he is asked about his long leadership. "I am happy, happy with the support from party members and the wider community."
As to the party President's intention not to stand as candidate in the forthcoming polls, Nik Aziz says that if there is an opportunity for Datuk Seri (Hadi Awang) to strengthen and raise the image of the PAS, he should contest.
Fighting "sinful" phantom voters
Battling sin is mandatory and every Muslim's responsibility.  Nik Aziz likens phantom voters to sins that must be fought, hence giving his support to April's Bersih 3.0 electoral reform rally.
He admits offering financial help to his supporters to attend the Kuala Lumpur demonstration, but does not feel that it has diluted Bersih's cause.
"As a Muslim, we have to go against these sins (phantom voters).  If Pakatan Rakyat is elected to run the Federal Government, can UMNO accept us bringing in phantom voters? Of course not.
"So how are we (Pakatan Rakyat) going to accept that UMNO brings in phantom voters?"
Nik Aziz explained that seats won because of "phantom voters" were sinful and that demonstrations were allowed under the Federal Constitution. He also questioned the reason authorities blocked the sit-down demonstration.
"If they (ruling coalition) are afraid of criticism and opposition, run away-lah. Why rule Putrajaya?"

Durian runtuh jadi tempoyak


Projek memberi duit dari kerajaan Barisan Nasional telah dan sedang berjalan lancar. Ketika sekolah baru dibuka awal tahun ini ibu, ayah dan anak telah diberi 200 ringgit untuk membeli buku. Ini diikuti dengan pemberian 500 ringgit untuk keluarga yang berpendapatan dibawah 3000 ringgit sebulan. Ini 'sedekah jariah' yang tidak berulang.

Orang ramai sedia maklum bahawa tahun ini ialah tahun pilihan raya. Justeru, duit ini juga adalah duit untuk membeli sokongan mereka. Kesampaian duit-duit ini menjadikan orang ramai dan para pengundi sedar tentang hikmah PRU12 yang lalu.

Akibat dari melesetnya sokongan orang ramai terhadap Barisan Nasional dan United Malays National Organisation, maka duit ringgit ini mula menyusur masuk. Para pengundi tahu bahawa dengan tindakan mereka menafikan Barisan Nasional kuasa dua pertiga dalam Parlimen, maka ' duit sogok'  ini mula mencurah datang.

Dalam bahasa rakyat — dalam bahasa yang senang difahami ramai, duit-duit yang masuk ke saku mereka kerana mereka memangkah Pakatan Rakyat. Para pengundi telah mendapat pengajaran politik - jika memangkah Pakatan Rakyat maka mereka akan mendapat pujuk rayu. Jika pujuk rayu tidak dilayan maka duit ringgit akan mencurah masuk.

Perkara ini amat jelas sekali dilihat dikalangan masyarakat India. Kita lihat hari ini bagaimana masyarakat India telah ditatang dan dibodek. Pada November 2007 komuniti India yang dipimpin oleh Hindraf telah bangun berdemo menentang Barisan Nasional.

Kemudian pengundi India telah berbondong-bondong meninggalkan Barisan Nasional. Hasilnya - sesudah 8 March 2008 - pekan Brickfields - kini Little India - bukan sahaja tersergam dengan Dataran Gajah, malah wilayah Brickfields kini memiliki lebih banyak lampu jalan dari jumlah penduduk.

Ini agak berbeza dengan pengundi Cina. Masyarakat Cina yang memiliki punca ekonomi telah membolehkan mereka membebaskan diri dari pujuk rayu dan bodekan dari pemimpin Malaysian Chinese Association.

Malah, masyarakat Cina langsung tidak 'ambil pot' terhadap para pemimpin United Malays National Organisation. Kemarahan masyarakat Cina terhadap kerenah United Malays National Organisation ini telah sampai  ke tahap 'no return'.

Justeru, pengundi Cina telah sepakat untuk meninggalkan MCA. Mereka juga telah sepakat meninggalkan Parti Gerakan. Pada PRU13 yang akan datang ini, hanya dengan munculnya seekor Naga dalam Sungai Klang dan meminta masyarakat Cina mengundi Barisan Nasional - mungkin masyarakat Cina akan befikir sekali lagi.

Masyarakat Cina di Kepong atau di Jinjang tidak mungkin dapat dibodek dengan Dataran Naga atau dengan lampu jalan. Ini bukan tuntutan fundamental mereka. Apa yang mereka mahu ialah sebuah kerajaan yang adil dan tidak menindas rakyat. Lampu jalan dan Dataran Naga bukan agenda orang Cina.

Justeru, projek pemberian duit ringgit ini wajib menjadi kuliah politik yang terbaik untuk para pengundi. Di mata para pengundi apabila kerajaan Barisan Nasional menjadi lemah, maka projek 'duit ringgit' mula melimpah sampai. Jika kerajaan Barisan Nasional kuat maka mereka akan menjadi sombong dan angkuh. Inilah kuliah politik yang dibawa oleh PRU12 yang lalu.

Kepada pelajar dan pengkaji politik - apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini ialah contoh terbaik realpolitik dalam negara Dunia Ketiga. Projek kebajikan untuk rakyat telah dijadikan agenda membeli undi dalam pilihan raya. Dana dan bajet negara telah digunakan secara lucah untuk meraih sokongan dan undi. Politik wang, rasuah dan pengunaan dana negara untuk membeli undi menjadi lumrah dan tidak dilihat salah.

Orang ramai telah mula memahami bagaimana masyarakat India yang kompak tersusun bersepadu di bawah Hindraf pada satu ketika dahulu kini telah terbarai. Masyarakat India yang minoriti ini semakin menjadi kecil - pecah dengan pelbagai parti politik.

Suara minoriti ini tidak lagi menjadi satu ombak yang berupaya untuk membuat perubahan. Sebahagian besar pengundi India pasti akan mengundi Pakatan Rakyat. Manakala satu kumpulan kecil mungkin kembali untuk menyokong Malaysian Indian Congress.

Setelah memahami semua ini maka muncul soalan cepu emas - Bila pilihanraya akan diadakan? Jawabnya - tarikh ini masih lagi satu tanda tanya.

Perdana Menteri Najib Razak sendiri pun kelihatan kluk klek. Najib Razak yang telah dinobatkan sebagai Bapa Pengumuman kini masih belum berani membuat pengumuman tarikhnya. Khabar angin tentang tarikh PRU13  dari pelbagai sumber telah beberapa kali terbukti meleset.

Pak Nujum politik terus memberikan pandangan. Pak Nujum Kampong masih menelik ayat dalam pinggan untuk mencari tarikh yang sesuai.

Minggu ini warga Felda telah dilanggar oleh 'durian runtuh'. Kedatangan 'durian runtuh' ini telah berbulan-bulan di heboh hebohkan. Pada mulanya telah dibocorkan berita dimana setiap peneroka Felda akan mendapat 32 ribu ringgit. Manakala dari kajian Parti Keadilan Rakyat jumlah 'durian runtuh' yang sepatutnya diterima oleh peneroka ialah 50 ribu ringgit.

Sayang seribu kali sayang - guruh yang berdentam dentum itu hanya berkeupayaan membawa 15 ribu ringgit untuk satu keluarga peneroka.  Tidak ada 32 ribu ringgit dan mustahil 50 ribu ringgit. Jumlah 'durian runtuh' ini telah meleset. Tetapi  ini tidak memberhentikan media milik United Malays National Organisation untuk 'berheboh' siang dan malam tentang 'durian runtuh' ini.

Lalu timbul pertanyaan - apa maknanya berita 'durian runtuh' 15 ribu ringgit ini? Sekali pandang orang ramai akan membaca bahawa ini juga adalah 'duit sogok' untuk membeli undi peneroka. Pandangan ini tidak salah. Tetapi disebalik 'durian runtuh' ini ada satu lagi yang tersirat dan wajib kita semua fahami.

Kita wajib memahami kenapa cara pemberian 'durian runtuh' ini  berperingkat-peringkat. 15 ribu ringgit akan diberikan pada minggu pertama bulan hadapan untuk kepala keluarga. Beberapa bulan kemudian untuk ibu keluarga. Dan pada satu masa yang sesuai baki 5 ribu ringgit akan diberikan kepada anak peneroka. Ada tiga kali pemberian dan tidak 15 ribu ringgit sekaligus.

Kenapa berperingkat-peringkat 'durian runtuh' ini diberi?

Untuk memahaminya mari kita buat kaji selidik tentang masyarakat Felda. Pada ketika ini ada 54 buah kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN bergantung kepada sokongan undi peneroka Felda. Kesemua negeri ada rancangan Felda kecuali Pulau Pinang dan Sarawak. Justeru, undi peneroka Felda ini adalah talian hayat untuk United Malays  National Organisation.

Satu ketika dahulu diheboh-hebahkan tentang Sabah dan Sarawak sebagai bank simpanan Barisan Nasional. Anggapan ini telah meleset. Nasionalisme Dayak dan undi warga kota di Sarawak telah terbukti tidak lagi menyokong Barisan Nasional. Pilihan raya Sarawak bulan April tahun lepas membuktikan bank simpanan ini telah bocor.

Manakala di Sabah, Nasionalisme Kadazan - Sabah Untuk Sabahan - tidak lagi menjamin hegemoni United Malays National Organisation. Warga di negeri bawah bayu ini telah lama naik angin dengan kemasukan pendatang haram. Para pendatang haram ini telah diberi kad pengenalan segera untuk mematahkan semangat Nasionalisme Kadazan.

Justeru, slogan Sabah Untuk Sabahan ini cukup ampuh dan sedang merebak. Semangat nasionalisme Kadazan ini akan meruntuhkan hegemoni kuasa United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Kemarahan penduduk asal Sabah telah memaksa kerajaan Persekutuan minggu lalu menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat tentang kemasukan pendatang haram sebagai pengundi di Sabah.

Lanskap politik Malaysia telah berubah semenjak 8 Mac 2008. Pengundi China sudah cabut. Pengundi India sudah lari. Dayak dan Kadazan tidak mahu lagi kena tindas dibawah hegemoni Semenanjung. Maka yang tinggal secara tersusun hanyalah peneroka Felda.

Warga Felda ini adalah kumpulan komuniti Melayu yang tersusun. Ianya bukan kampong Melayu tradisional. Mereka ini dalam analisa ekonomi moden jatuh ke dalam katogeri buruh pertanian. Peneroka Felda ini sama seperti buruh India diladang getah milik British di zaman penjajah dulu.

Kesetiaan mereka bukan kesetiaan Melayu feudal. Bukan kesetiaan kepada Raja dan struktur feudal. Sebagai buruh pertanian, watak mereka ditentukan oleh ekonomi.

Justeru watak dan kelas peneroka Felda ini adalah bom jangka yang berkeupayaan untuk meledakkan United Malays National Organisation. Beberapa kumpulan peneroka telah menyaman Felda kerana mereka telah ditipu dalam soal jual beli sawit mentah. Beratus-ratus peneroka telah menang di mahkamah dan akan mendapat ganti rugi yang lumayan.

Ketika ini peneroka Felda telah mula berani menjemput Pakatan Rakyat untuk membuat program dalam perkampongan mereka, ini samalah seperti di zaman British, para buruh Estate Dunlop secara terbuka menjemput Front Sosialis untuk membuat program dalam ladang.

Amat jelas, hari ini suasana di ladang Felda tegang dan terpecah. Maka disinilah Perdana Menteri Najib Razak masuk untuk menghamburkan 'durian runtuh'.

Tetapi kenapa Najib Razak tidak memberi 'durian runtuh' ini sekaligus - 15 ribu ringgit?

Jawapannya cukup senang. Ini kerana Najib Razak masih kluk klek. Najib juga tidak pasti bila pilihan raya akan dijalankan. Jika Najib Razak tahu dan yakin akan tarikhnya pasti dia akan memberi 'durian runtuh' ini sekaligus. Kerana Najib sendiri masih takut-takut dan kurang yakin akan sokongan orang ramai, maka 'durian runtuh' ini akan menjadi tempoyak.
END