Akta Bukti (Pindaan) (No.2) 2012 akan mula berkuatkuasa dalam masa dua hari saja lagi iaitu pada 1 Jun. Kesan undang-undang ini yang dilakukan secara tergesa-gesa dalam senyap-senyap boleh mendatangkan kesan buruk kepada masa depan internet negara atau cara manusia berfikir.
Mengikut laporan akhbar tempatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menafikan bahawa pindaan kepada Akta Keterangan itu adalah satu cara bagi kerajaan untuk mengekang perbezaan pendapat secara online dengan membuat internet lebih sukar atau mengekalkan 'kejahilan' yang digunakan sebagai alasan.
Sebaliknya, Nazri mendakwa bahawa undang-undang telah diperketatkan kerana tidak mahu orang dengan samaran berleluasa memberi komen dengan fitnah atau mengancam orang lain. Terdapat pemimpin pembangkang yang berpendapat sebaliknya seperti dilaporkan iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan alasan tersebut.
Lim berkata bahawa pindaan yang telah diluluskan semasa persidangan terakhir Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan memudahkan kerajaan untuk memulakan pendakwaan pilih bulu termasuk ahli-ahli pembangkang dan masyarakat sivil.
Sebetulnya, seseorang yang secara tradisinya dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah tetapi akta baru ini memberi impak yang lain. Contohnya, kita bertanggungjawab untuk apa-apa jua yang dipaparkan di laman web yang kita miliki dan beban kepada kita untuk membuktikan yang kita tidak bersalah, tidak pada pihak pendakwaan ia terus membuktikan salah.
Misalnya, seseorang memberi komen yang dianggap bertentangan atau menghasut atau fitnah tetapi kita tidak boleh membuktikannya kerana orang tersebut menulis atau menaip komen di lokasi yang tidak diketahui. Salahnya kepada pemilik laman web dan bukannya orang tersebut dan tugas pemilik laman web membuktikan mereka yang tidak menulis komen tersebut.
Bayangkan seseorang yang berada di Brazil atau Belgium atau Jepun yang menulis komen dengan IP berlainan, kita perlu membuktikan sendiri yang kita tidak terlibat. Timbul juga nanti isu double standard dalam menjalankan peruntukan-peruntukan undang-undang ini.
Dalam kenyataan Nazri, di bawah Akta yang dipinda, bebannya beralih kepada pemilik komputer riba itu atau akaun supaya kita boleh mendapatkan sumber itu (yang komen fitnah atau hasutan).
Apa yang anda fikir pindaan kepada akta yang baru diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan lepas? Dalam satu aspek, ia bertujuan membawa penghantar dan 'stalker' yang menghantar komen benci tetapi agak lain apabila pengguna internet yang tidak bersalah perlu bertanggungjawab bagi sesuatu perbuatan yang mereka tidak ada kena mengena langsung.
Pada asasnya, ia bererti pemilik akaun Internet akan bertanggungjawab bagi apa-apa jua yang disiarkan di laman blog beliau, halaman Facebook, Twitter dan sebagainya. Betul, ia turut meliputi Facebook dan Twitter malah kalau anda komen di ruangan bawah ini pun, kami yang kena!
Pindaan tersebut antara lain mempunyai ketetapan berikut:
Pindaan tersebut antara lain mempunyai ketetapan berikut:
> Jika nama anda, gambar atau nama samaran muncul di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai pengarang, anda dianggap telah menerbitkan kandungan tersebut.
> Jika posting datang dari Internet atau akaun telefon anda, anda disifatkan sebagai penerbit melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
> Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang diterbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penerbit melainkan ia dibuktikan sebaliknya.
Menjawab kritikan yang berkata pindaan itu adalah tidak adil dalam menolak beban bukti tertuduh, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia , Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, berkata bahawa pemilik akaun Internet di mana benci mesej telah didapati diutlis dalam laman itu dengan mudah dapat menangkis tuduhan terhadap mereka jika mereka yang tidak bersalah.
"Sebagai contoh, jika anda boleh membawa saksi mengatakan bahawa anda langusng tiada di tempat yang berhampiran dengan komputer anda atau mana-mana peranti lain berkomunikasi ketika masa mesej itu dihantar, anda tidak bersalah," kata Sharil.
Cakapnya memang mudah. Kita berada di zaman internet dengan sepatutnya pemikiran lebih terbuka perlu diterapkan tetapi bermacam akta baru yang diperkenalkan menampakkan kita bersedia mundur ke belakang.
Ia menunjukkan sebenarnya sesiapa saja yang menghasilkan akta ini tidak percaya pemikiran masyarakat Malaysia mampu menapis maklumat berunsur tipu, fitnah dan sebagainya. Ia juga menunjukkan masyarakat Malaysia semakin dihimpit kebebasan bermaklumat dengan pelbagai sekatan yang pelik.
Sememangnya kita bukanlah mahu kebebasan bermaklumat itu mengubah jati diri sebagai masyarakat tetapi sesetengah pihak perlu sedar, kebebasan bermaklumat terutama di dunia internet mengajar masyarakat menerima, berfikir dan memberi pandangan berkenaan topik tertentu secara kritis dan logik.
Kalau ruang komen Facebook atau blog perlukan tapisan, bagaimana pula dengan media 'mainstream' yang seolah-olah mudah memberi pandangan sebelah pihak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan