Berita tergempar pagi tadi, di mana Zaid Ibrahim, calon Timbalan PresidenPKR telah pun menarik dari daripada bertanding jawatan itu dan juga meletakkan semua jawatannya di dalam Parti Keadilan Rakyat.
Di bawah, adalah petikan Zaid Ibrahim mengenai perletakan jawatannya:
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini.Saya sebenarnya silap,”
Menurut kenyataan Zaid Ibrahim,sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
Sepeti yang kita sedia tahu, Zaid Ibrahim sedang bersaing hebat dengan Azmin Ali bagi merebut jawatan ke-2 penting iaitu Timbalan Presiden PKR. Pada pengiraan awal, jumlah undi yang diterima oleh Zaid Ibrahim adalah jauh meninggalkan Azmin Ali.
Namun, tidak lama selepas itu, setelah pengiraan undi dikira buat kali ke-3, Azmin Ali pula yang diumumkan sebagai pendahulu. Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati Zaid di mana dia merasakan bahawa undi tersebut telah disabotaj.
“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.“Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,”
“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai ‘spoiler’yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,”
Dulu, selalu cakap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tak telus. Pengundi hantu semua. Ini, pemilihan dalam parti pun tak telus juga. Sampai merajuk keluar dari PKR.Tapi yang lebih menarik adalah, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Pengurus kempen Azmin Ali. Ini yang buat Zaid Ibrahim tak puas hati.
Diberitakan juga Zaid Ibrahim akan menubuhkan Parti Liberal Malaysia. Berita ini belum dapat kami sahkan. Namun, kami akan update apa yang berlaku selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan